muqaddimah

"Allah (sentiasa) hendak meringankan (beban hukumnya) daripada kamu, kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah" (Surah An-Nisa:28)

flower

Sunday, September 18, 2011

inikah dinamakan Hidayah?

subhanAllah! hari ini aku dipertemukan dengan satu blog yang mana pemilik blog itu menceritakan tentang pengalaman pertamanya setelah berfurdah. naluri wanitaku mulai terusik dengan pernceritaannya. dan pastinya penulisan itu hadir dan lahir dari hati yang ikhlas.subhanAllah! hampir setahun aku membuat research tentang furdah. dan apa sebenarnya yang tersingkap disebaliknya. hukum pemakaiannya....sehingga ke hari ini, hati ini benar2 terasa nekad untuk memulakannya. sukar untuk ku mengungkapkan perasaan ini, tapi entah mengapa diri ini benar2 terasa nekad untuk memakainya. ya Allah, andai itu terbaik buatku, permudahkanlah ia. dan mohon dijauhkan aku dari fitnah. ramai yang membahaskan tentang pemakaian furdah. dan ada pro n cons..apa yang dapat ku katakan, ianya bukan menjadi kewajipan..tetapi bagi sesetengah tempat,ianya menjadi wajib oleh kerna beberapa hal. moga diri ini diberikan kekuatan suatu hari nanti..ya Allah,tetapkan pendirian ini...moga diri ini berada di jalanMu.
furdah bukanlah bagi perempuan yang cantik, tetapi, jika individu itu merasakan ianya perlu dan wajar buat dirinya...dan jika seseorang itu merasakan tenang dan selamat apabila memakainya,maka pemakaiannya di galakkan. umum mengetahui, pemakaian furdah di kalangan orang malaysia tidak terlalu meluas. yang memakaiknya lebih kpd masyarakat madrasah,pondok, gol. ulama dan individu2 yang memiliki persekitaran islamic. pemakaian furdah ini bukan sekadar untuk menjauhkan diri dari fitnah,kepentingan lain juga adalah untuk menjadikan seseorang itu lebih berakhlak. dengan pemakaiannya, ia dapat mendidik jiwa2 wanita untuk menjadi lebih berakhlak. pembawakan pemakaian dpt memotivasikan wanita untuk menjaga akhlaknya. sebagai contoh yang diberikan oleh seorang menulis blog,katanya,"aku memakai furdah bagi mengawal pergaulan dan sifatku yang terlalu peramah,dengan pemakaian ini,mungkin aku dapat menjaga batasan aku dengan orang sekeliling terutama lelaki ajnabi". ini bermaksud, apabila seseorang itu berfurdah,secara tak langsung, dia dapat menjaga akhlaknya bersesuaian dengan pemakaiannya sebagai wanita muslimah. pelbagai sebab yang membawa wanita kepada pemakaian furdah. dan sebab yang paling indah untuk didengar apabila wanita itu mengenakan furdah kerna Nur nya. subhanAllah..!moga aku menjadi salah satu insan yang terpilih itu. sesungguhnya Dia akan memilih sesiapa yang Dia kehendaki! Agungnya diriMu Ya Allah..
semoga sama2 kita memperbaiki diri untuk menjadi lebih baik..bukan untuk melihat baik di mata manusia,,tetap demi mencari RedhaNya..moga tiap perubahan itu akan terus istiqamah...insyaAllah..

No comments: